|
Post by damitz on Feb 10, 2006 14:40:34 GMT 8
|
|
|
Post by damitz on Feb 10, 2006 14:41:03 GMT 8
Yiha......... meh merepek kat sini kengkawan...
|
|
|
Post by kekasihgelap on Feb 10, 2006 14:42:51 GMT 8
|
|
|
Post by kekasihgelap on Feb 10, 2006 14:43:48 GMT 8
|
|
|
Post by damitz on Feb 10, 2006 14:45:38 GMT 8
KISAH SERAM PERTAMA DI KEM INI...
SUNGAI Ketil, di Kuala Ketil Kedah sudah biasa baginya. Beraneka jenis joran digunakan bagi menguji pengalaman dan kemahirannya menundukkan ikan di situ. Namun, hasil diperoleh tidak memberangsangkan. Selepas berfikir panjang, dia membuat keputusan untuk menambah pengalaman mencuba nasib di Lubuk Pak Ya yang dikatakan ikan di situ lebih cerdik menguji pemancing.
Baginya, menaikkan ikan sekadar seperti memancing di kolam cuma sesuai untuk perempuan dan kanak-kanak. Tidak mencabar langsung! Lebih baik taburkan makanan dan tangkap dengan menggunakan jala. Itu anggapannya. Sebagaimana anak muda lain, Mohd Azli berasa tercabar apabila penat lelahnya menjejak ikan di sungai hanya mampu beraksi sekadar seperti menarik lembu dicucuk hidung.
Dia mahu cabaran lebih dari itu. Justeru, Lubuk Pak Ya di Sungai Muda dekat Kampung Batu Belacan menjadi pilihan. Pelbagai jenis ikan seperti baung, lampam, kalui dan sebarau yang menghuni lubuk itu menarik perhatiannya.
Untuk mencari kawan memancing di lubuk itu tidak menjadi masalah baginya. Bang Leman, berusia lebih tua darinya menjadi pilihan.
Walau pun usianya melebihi setengah abad, tetapi Bang Leman disenangi Mohd Azli kerana dapat menyesuaikan diri dengan golongan muda. Setelah hari dan masa yang sesuai ditetapkan, Mohd Azli dan Bang Leman memulakan misi untuk menghidu peluang di lubuk berkenaan.
Dengan menaiki motosikal Bang Leman, dua sahabat yang mempunyai minat sama itu meninggalkan Kuala Ketil ke destinasi yang menjadi idaman Mohd Azli. Cuma mengambil masa kira-kira 20 minit menunggang motosikal, akhirnya tempat yang dituju ditemui. Ketika itu, matahari hampir sujud di ufuk barat menandakan senja akan merangkak tiba.
“Waktu beginilah ikan kemaruk makan umpan. Tapi, ingat mulut kamu tu jangan celupar,” kata Bang Leman mengingatkan Mohd Azli. Nasihat Bang Leman itu cuma dibalas Mohd Azli dengan anggukkan kepala. Mohd Azli faham percakapan yang bukan-bukan perlu dikawal ketika berada di tempat seperti itu.
Lebih kurang 15 minit tali kail dilabuhkan, Mohd Azli mendapat amaran awal jorannya disentuh sesuatu. Pada mulanya sentuhan tidak begitu rakus, tetapi semakin mendebarkan apabila beban yang menghenjut tali terasa berat dan meliar tidak tentu arah.
Dia mengawal tali kail penuh berhati-hati. Di fikirannya terbayang habuan yang meratah umpan pasti besar dan jika berjaya ditewaskan, hasil diperoleh tentu melegakan.
Segala pengalamannya sekian lama menjinakkan ikan di sungai dimanfaatkan. Tetapi kali ini aksi penghuni lubuk itu meratah um\pan agak pelik. Setengah jam lamanya dia berusaha menundukkan mangsa yang tersangkut pada mata kailnya. Namun bukan semakin jinak, sebaliknya semakin menggila. Tali kailnya terus ditarik jauh di tengah lubuk. Ketika tali kail te-rentang seperti penyidai kain, dengan tidak semena-semena sebatang kayu buruk hanyut terapung menghampiri tali kail.
Mohd Azli menggulung tali bagi mengelak tersangkut pada batang kayu itu. Ketika bertindak demi-kian, batang kayu berkenaan terhenti dan menindih tali kail.
“Bang Leman, apa dah jadi ni? Tali kail aku putus...celaka punya ikan. Aku tuba lubuk ni nanti baru tahu,” Mohd Azli terlupa pesanan Bang Leman. “Ish!, jaga sikit mulut kamu tu...Ingat nasihat aku tadi,” Bang Leman meninggikan suara. Dia bimbang perkara tidak diingini berlaku ke atas diri mereka berikutan tindakan Mohd Azli itu.
Sejurus selepas itu, tiba-tiba batang buruk itu bergerak menegak terapung-apung di permukaan air. Lebih menyeramkan, pergerakannya seperti menari sambil mengocakkan air di lubuk itu.
Seperti tahu aksinya diperhatikan orang, batang kayu sebesar paha orang dewasa itu bergerak seperti aksi tarian mengelilingi lubuk berkenaan. Bang Leman dan Mohd Azli yang mula menyedari musibah sedang berlaku di depan mata mereka setuju beralih tempat jauh sedikit dari tebing lubuk itu.
Bagaimanapun, mereka tidak berasa takut. Sambil berselindung di sebalik pokok senduduk, gelagat penari istimewa itu terus diperhatikan.
Ketika asyik menonton persembahan tarian mistik itu, tiba-tiba sepantas kilat batang buruk itu menjunam ke dalam air. Serentak itu, suasana di situ diselubungi bau busuk bercampur bau kapur barus.
Kerana memikirkan risiko lain akan menyusul, Bang Leman dan Mohd Azli mengemaskan peralatan memancing lalu angkat kaki meninggalkan tempat itu. Ketika mereka menapak menuju motosikal, kedengaran kocakan air yang kuat di lubuk berkenaan seperti ikan besar menyambar sesuatu.
“Bang Leman, apa bendanya macam berebut sesuatu di lubuk itu?” tanya Mohd Azli ketika mereka menunggang motosikal dalam perjalanan pulang. “Tak tahulah...kalau siang boleh kita terus tengok,” balas Bang Leman ringkas.
Pada malam itu mereka pulang hanya menjinjing joran tanpa membawa pulangan hasil seperti mana diidamkan Mohd Azli. Ketika membonceng, fikiran Mohd Azli bercelaru memikirkan apa yang dilihatnya di lubuk itu. Jauh di lubuk hatinya, dia bersyukur kerana peristiwa dialaminya tidak disusuli kejadian lebih mengancam.
Sudah lapan tahun peristiwa itu berlalu, namun sukar bagi Mohd Azli untuk melupakannya. Dia berharap pengalaman seram dialami itu tidak akan berulang.
|
|
|
Post by yamaha on Feb 10, 2006 14:45:53 GMT 8
Yiha......... meh merepek kat sini kengkawan... yehayehayehayeha aggrik2
|
|
|
Post by damitz on Feb 10, 2006 14:46:31 GMT 8
Manda... Proboard memang banyak kelebihan kan...
Tapi aku tetap seram ngan karma tu... ekekekekeke
|
|
|
Post by kekasihgelap on Feb 10, 2006 14:46:54 GMT 8
|
|
|
Post by damitz on Feb 10, 2006 14:47:19 GMT 8
Amboi Yam... cepat je ko yek? Ekekekekeke... inilah first time aku menjadi pelarian... awal tahun lepas aku melawat kem pelarian je... ekekekeke
|
|
|
Post by kekasihgelap on Feb 10, 2006 14:48:00 GMT 8
Manda... Proboard memang banyak kelebihan kan...
Tapi aku tetap seram ngan karma tu... ekekekekeke
|
|
kuts
Ketua Khemah
Posts: 141
|
Post by kuts on Feb 10, 2006 14:50:40 GMT 8
waaaa..seram..serammmm
|
|
|
Post by ayusheppard on Feb 10, 2006 14:50:55 GMT 8
huhu..aku dtg merepot diri...
|
|
|
Post by damitz on Feb 10, 2006 14:51:42 GMT 8
Amboi Manda....
Merelip relip ko catwalk ye...
|
|
|
Post by ayusheppard on Feb 10, 2006 14:52:25 GMT 8
dam tu citer dah basi la..wakakkaka
|
|
isis
Ketua Khemah
Posts: 233
|
Post by isis on Feb 10, 2006 14:53:12 GMT 8
hello semua...
|
|
|
Post by rangers on Feb 10, 2006 14:54:23 GMT 8
kem pelarian pun ada citer seram... lepas nie kita buat kem fire lakk eheheh
|
|
|
Post by isisgoddess on Feb 10, 2006 14:54:33 GMT 8
wohooo..apsal aku takleh login di sini..aku tak diterima ke disini...
kesah seorg anak yg duka nestapa kerana tak leh log in..huk huk huk..
|
|
|
Post by damitz on Feb 10, 2006 14:54:52 GMT 8
AyuSheppard? Hoh... nyampah tul aku ngan nick tu... ekekekeke
|
|
|
Post by azman on Feb 10, 2006 14:54:53 GMT 8
|
|
|
Post by kekasihgelap on Feb 10, 2006 14:55:39 GMT 8
|
|